TEMERLOH. 09 Januari 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Temerloh telah membuat kunjungan ziarah muallaf di kampung Paya Kecil. En Mohamad Daud bin Abdullah, hidup bersendirian dalam keadaan lumpuh separuh badan.Beliau memeluk Islam pada tahun lalu setelah mendapat hidayah Allah. Beliau melakukan aktiviti harian dengan menggunakan kerusi roda, beliau berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan beliau amat bersyukur walaupun keadaan tidak sempurna, kehidupan seharian beliau dibantu oleh jiran tetanggan dan sahabat yang prihatin. Semoga Beliau tetap tabah menjalani ujian tersebut.