PEKAN. 02 Januari 2018 – Tadika Pintar Al-Quran Muip Daerah Pekan telah mengadakan Program Orientasi Dan Motivasi Keibu-Bapaan yang melibatkan Ibu-Bapa Dan Penjaga. Program ini bagi menyempurnakan urusan Pendaftaran Pelajar Sesi 2018 dan membiasakan para pelajar dengan suasana baharu. Program Motivasi Keibu-Bapaan juga dilaksanakan bersama bagi memupuk rasa kebersamaan dengan pihak Tadika Pintar Al-Quran dalam memastikan kesinambungan pendidikan anak-anak di Tadika dan juga dirumah.