PEKAN. 5 Januari 2018 bersamaan 17 Rabiulakhir 1439H – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pagi tadi berkesempatan berangkat bercemar duli melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di SK Merchong Jaya. Pusat pemindahan sementara tersebut menempatkan seramai 548 mangsa. Selaku Tuanku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang baginda berkenan mengurniakan sumbangan Majlis berjumlah RM28,800.00 kepada 144 keluarga. Daerah Pekan sehingga kini mencatatkan sejumlah 1,278 mangsa yang ditempatkan di 7 buah PPS.