PEKAN. 13 November 2017 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan menyerahkan bantuan modal peralatan kepada Encik Faud Bin Mohamad Yusoff di Komuniti Bersepadu Padang Rumbia, Pekan berupa sebuah peti sejuk beku dan mesin pengisar air batu. Bantuan ini bagi membolehkan penerima menambah pendapatan menampung keperluan harian. Insyaallah moga bermanfaat.