ROMPIN. 06 Mei 2024 – Pernah mengambil subjek Tasawwur Islam ketika menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun yang lalu meskipun masih belum beragama Islam pada ketika itu, seorang saudara baharu berusia 23 tahun akhirnya terbuka hati menyambut Hidayah dari Allah S.W.T dengan memilih Islam sebagai agama dan pegangan hidupnya.

Beliau yang berasal dari Kampung Orang Asli (KOA) Batu Lapan telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin.

Beliau telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan Pengurus MUIP Cawangan Daerah Rompin, Ustaz Muhammad Nabil Bin Mohamad Fauzi, serta diberi penerangan berkenaan Islam oleh Pegawai berkenaan.

Semoga Allah S.W.T memberikan Taufiq dan Hidayah-Nya kepada saudara baharu ini untuk terus memahami, mendalami dan menghayati serta kekal berpegang teguh dengan ajaran dan nilai-nilai Islam sehingga ke akhir hayat beliau.