MUADZAM SHAH. 15 Mac 2024 – MUADZAM SHAH, 15 Mac 2024 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Muadzam Shah tidak ketinggalan bagi meraikan kehadiran Bulan Ramadhan tahun ini dalam Program Dhuha Sepanjang Ramadhan yang dijalankan pada setiap hari jumaat anjuran BAKRI MUIP.

Program ini diisi dengan makanan rohani, termasuklah tazkirah dhuha, bacaan yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Cawangan Muadzam Shah iaitu Ustaz Mohd Hafis. Turut menyertai dalam program ini antaranya empat orang kakitangan pejabat bersama seorang pelajar latihan industri.

Semoga kita semua beroleh rahmat dan keampunan dengan melaksanakan aktiviti keagamaan seumpama ini khususnya di bulan ramadan yang mulia.