ROMPIN. 07 Mac 2024 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah mengadakan sesi taklimat zakat fitrah dan serahan resit fitrah kepada amil-amil daerah Rompin. Taklimat ini telah dihadiri oleh amil-amil yang dilantik di setiap kampung di seluruh Daerah Rompin.

Taklimat berkenaan telah diadakan di Bilik Seminar MUIP Cawangan Daerah Rompin bagi menerangkan kepada para amil tentang prosedur kutipan serta perkara-perkara berkaitan dengan amil dan zakat fitrah.

Diharapkan dengan taklimat ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi kefahaman serta melancarkan urusan para amil untuk mengutip zakat fitrah dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba sedikit masa lagi.