MUADZAM SHAH. 05 Disember 2023 – MUADZAM SHAH, 05 Disember 2023 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah ke Tanah Perkuburan Perantau Damai bagi melihat pagar tembok yang sedang dibina mengelilingi kawasan tanah kubur tersebut.

Pihak MUIP dimaklumkan bahawa tanah Perkuburan Perantau Damai yang terletak dalam kawasan Felda Keratong 8, Keratong 9 dan Keratong 10 ini sangat perlu dipagarkan bagi mengelakkan dimasuki haiwan liar khususnya anjing yang sering berkeliaran di sekitarnya.

Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan beberapa AJK Tanah Kubur ini. Pelbagai perkara dibincangkan dan dikongsikan bersama dalam sesi pertemuan ini.