CAMERON HIGHLANDS. 24 November 2023 – Pihak Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) Cameron Highlands telah mengadakan ziarah prihatin atau Cakna Asnaf di Mukim Ringlet,Cameron Highlands.
Program ini bertujuan mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan kewangan atau apa sahaja bantuan yang sesuai bagi menampung dan meringankan kesusahan golongan ini.
Ziarah ini turut melibatkan JPKK kawasan tersebut sebagai pihak berkuasa setempat dan juga sebagai pemudah cara kepada pihak MUIP.
Seramai 15 orang asnaf yang diziarahi oleh pihak penganjur dan rata-ratanya mereka mempunyai masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang dan juga OKU.