KUANTAN. 18 November 2023 – KUANTAN, 18 NOVEMBER 2023. Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah berganding bahu bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan bagi menjayakan Program Mini Karnival PPIB anjuran Persatuan Penduduk Impian Bestari. Antara tujuan dan aktiviti mini karnival tersebut diadakan adalah selain dari memberi pengenalan persatuan yang baharu ditubuhkan kepada masyarakat setempat, terdapat juga ceramah jemputan dari wakil IPD Kuantan yang memberi pendedahan berkaitan bahayanya scammer dan cara menjauhinya serta ceramah berkenaan persediaan menghadapi banjir dari doktor Klinik Jaya Gading. Selain itu terdapat juga aktiviti lain seperti sukaneka, cabutan bertuah, gerai jualan penduduk setempat dan jualan dari pihak FAMA, demo masakan dari ADABI dan tidak ketinggalan juga pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan ‘Pap Smear’ secara percuma kepada pengunjung-pengunjung yang hadir.