CAMERON HIGHLANDS. 02 November 2023 – Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP ) Cameron Highlands baru-baru ini telah menziarahi Encik Mat Zaki bin Osman,51 tahun selepas jari tangannya dipotong akibat penyakit kencing manis.
Pada awalnya,jari beliau luka akibat terkena pisau ketika dalam menyediakan bahan masakan bagi perniagaan kedai makannya,tetapi lama kelamaan jari beliau semakin teruk tambahan juga faktor beliau menghidap kencing manis sehingga memberi kesan kepada lukanya.
Saudara zaki dibawa ke hospital sejak daripada luka jarinya yang semakin teruk, dan pihak hospital memaklumkan jari beliau sudah dijangkiti kuman dan perlu dipotong.
Akibat daripada itu,beliau dan isteri agak sukar menjlanakan perniagaan kedai makan keran perlu rawatan susulan hampir setiap hari ke hospital.
Pihak MUIP Cameron Highlands tampil memberi sumbangan dan akan cuba memberi bantuan yang selayaknya kepada Encik Zaki sekeluarga bagi menampung kehidupan mereka.