ROMPIN. 13 Mei 2023 – Bertempat di Surau Kampung Orang Asli (KOA) Batu 8, pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah khusus untuk saudara baharu di KOA berkenaan.

Kursus yang berlangsung selama setengah hari ini telah dihadiri oleh sekitar 50 orang saudara baharu lelaki dan wanita dari perkampungan berkenaan serta kampung yang berhampiran.

Dalam kursus berkenaan, para peserta telah didedahkan dengan kepentingan, adab-adab serta kaedah-kaedah asas dalam mengurus jenazah oleh penceramah, melibatkan teori beserta amali.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan ilmu serta penghayatan peserta terhadap ajaran Islam, disamping menjadi perintis ke arah usaha untuk melahirkan pengurus jenazah yang berwibawa dari kalangan saudara baharu pada masa yang akan datang.