TEMERLOH. 25 Oktober 2017 bersamaan 5 Safar 1439H – Mangsa-mangsa bencana ribut berasa terharu atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan keberangkatan baginda bercemar duli melawat rakyatnya yang ditimpa musibah.

Baginda yang mendapat perkhabaran kejadian tersebut berkenan berangkat untuk bertemu mangsa-mangsa kejadian serta mengurniakan bantuan bagi meringankan bebanan mereka. Bertempat di Dewan Terbuka Gelanggang Bola Keranjang, Taman Saga Ceria, Mentakab, Majlis Lawatan dan Pengurniaan Sumbangan diadakan. KDYMM Pemangku Raja Pahang mengurniakan bantuan kewangaan sumbangan peribadi baginda dan juga melawat rumah-rumah yang terjejas akibat bencana tersebut. Baginda yang juga selaku Tuanku Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengurniakan sumbangan bantuan wang tunai daripada Majlis keseluruhannya berjumlah RM46,600.00.

Kejadian ribut yang berlaku pada 23 Oktober lalu kira-kira pukul 6.00 petang membabitkan 3 mukim, 12 buah kampung dan taman perumahan serta mengakibatkan 166 buah rumah terjejas. Namun begitu, tidak melibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.

Slider

Carousel