Pengenalan

Program Pembangunan Pusat Komuniti ini adalah inisiatif YAB Perdana Menteri dan komitmen daripada Pejabat Daerah Pekan dan badan korporat. Pusat Komuniti ini telah dibangunkan di atas sebidang tanah berkeluasan 10.493 ekar. Sebanyak 80 buah rumah dibangunkan dengan kos pembinaannya dibayai oleh zakat daripada Affin Islamic Bank untuk 50 buah rumah manakala selebihnya dibiayai badan-badan korporat. Pembinaan dijalankan oleh IRIS Corporation Berhad.

Pembinaan pusat komuniti ini bertujuan menempatkan golongan asnaf. Pencalonan adalah berdasarkan senarai daripada JKKK dan senarai orang miskin daripada e-kasih dan MUIP. Seterusnya pemilihan ini adalah dijalankan dengan kerjasama MUIP, Affin Islamic Bank dan JKKK setempat.

Pada peringkat awal, pemilikan tanah masih belum sepenuhnya di bawah pemilikan MUIP sehingga tahun 2015. Berikutan pemilikan tanah yang masih belum dipindah milik kepada MUIP secara langsung menjejaskan aspek kawalan ke atas pusat komuniti seperti pemilihan penghuni, baik pulih dan sebagainya. Penyelesaian bagi memastikan kelancaran dan kebajikan pusat komuniti ini satu jawatankuasa perlu diwujudkan bagi mengawal selia segala urusan berkaitan sebaik sahaja isu pemilikan selesai.

Mesyuarat Jawatankuasa Kaji Semula Program Zakat dan Baitulmal yang telah bermesyuarat pada 30 Oktober 2015 telah bersetuju untuk mewujudkan satu Jawatankuasa bagi menyelia urusan berkaitan dengan Pusat Komuniti Bersepadu Bukit Kenau, Mukim Pulau Manis, Pekan.

Peranan

Menyediakan kemudahan tempat tinggal bersifat sementara kepada asnaf yang memerlukan. Membantu meringankan beban kehidupan asnaf. Melahirkan penghuni yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani.

Alamat

Pusat Komuniti Asnaf Bukit Kenau, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, Mukim Pulau Manis, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.