TEMERLOH. 23 November 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menghantar bantuan kepada keluarga En Mohd Yusof Bin Awang dari Kg Pamah Kasih .

Beliau telah menerima bantuan peralatan yang bernilai RM 2,370.00 bagi membantu perniagaan beliau lebih baik pada masa akan datang.

Bantuan ini disampaikan oleh Pengurus Cawangan Daerah MUIP Cawangan Temerloh, Ustaz Faitullah Bin Saadon pada pagi ini.

Semoga bantuan yang diterima oleh En Mohd Yusof dapat meningkatkan lagi pendapatan beliau untuk menyara keluarga beliau.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf