TEMERLOH. 27 September 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menganjurkan satu forum Khairul Ummah siri 6 di Masjid Kg Batu Sawar, Kuala Krau, Temerloh. Forum ini akan membincangkan ”Harta Membahagiakan” .

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel iaitu Ustaz Mohd Isa Bin Hussin (Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Daerah Maran. ) seterusnya Ustaz Lukmanulhakim Bin Jalaluddin ( Pembantu Pegawai Zakat, Pusat Kutipan Zakat Daerah Temerloh ) dan satu orang Moderator forum Mohd Zohri Bin Jamin (Pembantu Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Daerah Temerloh).

Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat dan bagaimana agihan dan kutipan dilakukan.

Semoga program ini bermanfaat buat rakyat Pahang dapat sambutan oleh semua Penduduk.

#ForumKhairulUmmah
#HartaKeSyurga
#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan
#TerimaKasihPembayarZakat