TEMERLOH. 26 September 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh hari ini telah membawa kontraktor bagi kerja kerja baikpulih rumah asnaf yang telah mendapat bantuan baik pulih rumah di Kg Kuala Mai, dan Kg Loyang.

2 Keluarga asnaf ini telah mendapat bantuan daripada Muip lantaran daripada permohonan beliau ke Muip Cawangan Temerloh. Kerja kerja baikpulih dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik Muip.

Semoga kerja kerja ini berjalan dengan baik agar asnaf yang terlibat dapat menduduki rumah tersebut dengan selesa.

#caknaasnaf #muiptemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat