BENTONG. 18 April 2022 – Muip Cawangan Bentong telah menyerahkan sumbangan Ihya Ramadhan kepada Surau Kebenaran Jumaat industri Bentong bagi tujuan pengimarahan aktiviti sepanjang Ramadhan ini. Sumbangan diserahkan kepada Encik Abdul Shukor selaku pengerusi Surau tersebut. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu memeriahkan lagi aktiviti yang akan dijalankan.