TEMERLOH. 15 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menganjurkan satu forum Khairul Ummah siri 3 di Masjid Kg Raja Songsang, Temerloh. Forum ini akan membincangkan ”Harta Yang Membahagiakan” .

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel iaitu Ustaz Muhammad Hafidz Bin Abdul Halim(Pengarah Bahagian Agihan Zakat, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang) seterusnya Ustaz Lukmanulhakim bin Jalaluddin( Pembantu Pegawai Zakat,Pusat Kutipan Zakat Daerah Temerloh) dan satu orang Moderator forum Kamarul Lokman bin Mohd Perai (Pembantu Tadbir dan Operasi Muip Cawangan Daerah Temerloh).

Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat dan bagaimana cabaran yang dihadapi dalam mengutip dan mengagihkan zakat.

Forum ini akan diadakan setiap bulan di masjid-masjid terpilih di dalam semua daerah di dalam Pahang bagi menerangkan kepada masyarakat setempat. Semoga program ini dapat sambutan oleh rakyat Pahang.

#ForumKhairulUmmah
#KemanaHartaZakatDiagihkan
#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan
#TerimaKasihPembayarZakat