TEMERLOH. 04 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh hari ini telah membawa kontraktor bagi kerja kerja baikpulih rumah asnaf dan bina baru yang telah mendapat bantuan daripada Muip.

2 keluarga daripada Kg Paya Pulai bantuan bina baru rumah dan di Kg Paya Banir pula mendapat bantuan baik pulih rumah hasil daripada program jejak asnaf yang dianjurkan Muip Temerloh pada bulan yang lalu.

2 buah rumah ini layak mendapat bantuan baikpulih rumah dan bina baru. Kerja kerja baikpulih dan bina baru ini dijalankan oleh pihak kontraktor yang dilantik Muip. Semoga kerja kerja ini berjalan dengan baik agar asnaf yang terlibat dapat menduduki rumah tersebut dengan selesa.

#caknaasnaf #muiptemerloh #baitulmalpahang #terimakasihpembayarzakat