ROMPIN. 22 Jun 2022 – Seorang asnaf yang juga merupakan warga emas dari Kampung Juara, Pulau Tioman iaitu Encik Mat Lazim Bin Osman, 69 menzahirkan kesyukurannya dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu  Pahang (MUIP) di atas bantuan baikpulih rumah yang diterimanya.

Kediaman beliau sebelum ini berada dalam keadaan yang sangat uzur dan dhaif serta perlu kepada baikpulih bagi memastikan kediaman beliau berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk dihuni.

Prihatin dengan nasib beliau, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Tuanku Yang Di-Pertua MUIP telah menitahkan agar rumah beliau dibaikpulih.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan Encik Mat Lazim bagi beliau meneruskan kehidupan hariannya.