TEMERLOH. 16 Jun 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh hari ini telah menziarahi dan membuat siasatan pada 10 unit buah rumah asnaf di sekitar daerah Temerloh.

Permohonan bantuan tersebut telah di buat oleh mereka sendiri dan maklumat dari amil Muip. Semua pemohon merupakan golongan asnaf miskin yang hanya bekerja kampung dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Hampir semua rumah asnaf yang di ziarahi Muip berada dalam keaadan uzur dan dhaif yang mana asnaf asnaf tersebut tidak mampu untuk menampung kos baikpulih yang tinggi.

Pihak Muip akan meluluskan semua permohonan asnaf tersebut bagi kerja kerja baikpulih rumah yang uzur tersebut.Semoga asnaf tersebut dapat menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa.

#MuipTemerloh #CaknanAsnaf #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat