BERA. 21 April 2022 – MUIP Cawangan Bera menyerahkan replika kunci kepada 2 penerima Bantuan Bina Baru Rumah Asnaf iaitu Puan Nur Alia Ellysa Bt Abdullah dan En Sambri B. Abdullah dari Kampung Orang Asli Pelawan, Pos Iskandar. Semua kos Bina Baru Rumah ditanggung MUIP sepenuhnya dengan 3 bilik dan 1 bilik air sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada mereka.

Seterusnya, diikuti Majlis Berbuka Puasa bersama Penduduk Islam Orang Asli Pos Iskandar. Tazkirah maghrib disampaikan oleh Ust Luqman Hakim Bin Mokhtar Mantan Pegawai Dakwah MUIP diikuti solat isyak, solat terawih berjemaah, Agihan Bantuan Menyambut Hari Raya dan sedikit moreh yang disediakan oleh MUIP.

Turut bersama Penggerak Jakim dan Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA).
Dengan adanya program seumpama ini, dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan kefahaman mereka kepada Islam.

#MUIPBera
#AsnafOrangAsli
#TerimaKasihPembayarZakat