KUALA LIPIS. 07 Januari 2022 – Dengan kehadiran jemaah yang menggalakan,serta lokasi strategik bagi para musafir singgah solat dan berehat di Surau Kampung Berembang,Kuala Lipis membuatkan surau tersebut menjadi tumpuan.
Ini secara tidak langsung ,surau tersebut perlulah sempurna dari segi kelengkapan dan ruang yang selesa kepada jemaah.
Dilihat kepada keadaan semasa surau tersebut,masih lagi mempunyai kekurangan dan beberapa bahagian yang perlu ditambah baik antaranya tandas serta pendawaian.
Ahli Jawatankuasa surau kampung tersebut telah membuat permohonan kepada MUIP bagi bantuan selenggara bagi menambah baik surau tersebut.
Pihak MUIP Lipis hadir ke lokasi bagi meninjau permohonan selenggara yang dipohon, juga sebagai syor sokongan atau sebaliknya.
Semoga surau ini akan ditambah baik dari masa ke semasa dan sentiasa diimarahkan oleh para jemaah.