TEMERLOH. 17 Jun 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh hari ini telah menziarahi beberapa buah keluarga yang terputus bekalan makanan asas kerana dikuarantin di rumah mereka.

Pada masa yang sama, pihak Muip telah menyantuni 1 keluarga yang serba kekurangan dan mangsa yang terlibat kemalangan jalan raya, masing masing di Kg. Paya Luas dan di Kerdau.

Dalam ziarah tersebut, pihak Muip telah menyampaikan bantuan hamper makanan asas serta membantu mereka melengkapkan borang permohonan bantuan zakat bagi kelulusan bantuan yang sewajarnya.

#caknaasnaf #baitulmalpahang #muiptemerloh