TEMERLOH. 25 Januari 2021 – Encik Mohd Hairi bin Illias dari Kampung Belengu Temerloh, Pahang mengucapkan rasa syukur dan ucapan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di atas sumbangan bantuan zakat peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada isnin. Bantuan berupa katil boleh laras telah di sumbangkan Muip kepada isteri beliau yang uzur terlantar akibat dari kemalangan yang berlaku beberapa bulan lepas. Katil tersebut bernilai Rm 1500.00 di beri bagi memudahkan urus kendiri buat isterinya. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Muip caw daerah Temerloh. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan beliau dalam merawat isterinya yang uzur tersebut.