TEMERLOH. 12 Oktober 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengIslamkan 5 sekeluarga dari perkahwinan campur antara cina dan indonesia (selain asli) yangmana agama mereka sebelumnya adalah buddha. Mereka sekeluarga telah di beri taklimat dan penjelasan secara ringkas dan padat berkenaan kewajipan sebagai seorang bergelar Muslim agar agama Islam baharu yang dianuti ini dapat kekal dalam hati dan diri mereka. Setelah taklimat kefahaman Islam di sampaikan, mereka kemudian di Syahadahkan oleh Pegawai Dakwah MUIP Temerloh, Ustaz Mohammad Alif Najmi Bin Mohd Azhar. Disamping itu juga, pihak MUIP Cawangan juga menyampaikan sebanyak 5 beg kit kelengkapan ibadah untuk kegunaan beliau bagi menunaikan ibadah serta menambah ilmu pengetahuan tentang agama Islam. Selain itu, sesi pengIslaman ini dilaksanakan di Pejabat MUIP Cawangan dan disaksikan oleh pembawa bagi keluarga ini iaitu, Encik Razali dan Puan Indah Wahyuni. Mengikut rekod pentadbiran MUIP Cawangan Temerloh, peningkatan yang begitu memberangsangkan dan sudah ramai memeluk Islam. Pentadbiran MUIP Cawangan berbesar hati dan mengucapkan rasa syukur atas jumlah saudara baru yang kian meningkat dengan begitu baik.