JENGKA. 17 September 2020 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jengka setiap minggu 2 kali kelas pemantapan akidah di perkampungan orang asli khususnya di kawasan Jengka.

Kelas pemantapan akidah ini pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah melantik guru khas yang dipanggil Guru Briged Dakwah diatas tujuan tersebut.

Kelas pemantapan akidah ini berjalan dengan jayanya dan sentiasa mendapat sambutan dari kalangan kanak-kanak muallaf orang asli khususnya. Kelas ini sentiasa mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam Daerah Jengka dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu pengerak masyarakat orang asli.