KUANTAN. 29 November 2019 – KUANTAN – Seramai 3 usahawan asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) terlibat dalam program anjuran MARA ini. Karnival usahawan digital ini berfokus kepada bagaimana meluaskan pasaran melalui strategi penjualan dengan menggunakan aplikasi-aplikasi dan laman sosial secara berkesan. Pelbagai kaedah dan pendedahan menggunakan strategi alam maya melalui bengkel dan mini tutorial sepanjang karnival jualan. Peniaga dapat mengetahui lebih mendalam kaedah jualan digital dengan menggunakan Whatsapp, Facebook, Instagram, Lazada, Ebay, Shopee. Para usahawan asnaf MUIP telah diberi pendedahan berguna dalam langkah memperluaskan skop pasaran produk mereka. Pihak MARA melihat produk penghasilan asnaf MUIP mempunyai prospek pasaran alam maya berpotensi tinggi dengan mempertaruhkan produk seperti rempeyek, rendang dendeng, kerepek pisang dan kuih tradisional seperti nasi manis dan tepung suji, Produk mereka mempunyai nilai pasaran tersendiri memandangkan kualiti terjaga serta pembungkusan dan label produk yang menarik.