PEKAN. 05 November 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan Bantuan Zakat Pelajar Miskin di Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya, Pekan kepada seramai 184 orang pelajar. Bantuan ini adalah hasil inisiatif pihak pentadbiran sekolah bagi membantu para pelajar yang memerlukan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Bantuan ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para pelajar yang menerima bantuan. Hadir bersama dalam majlis ialah Puan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya, Pekan iaitu Puan Hajah Zaiton Binti Abdullah.