ROMPIN. 31 Oktober 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah menyampaikan bantuan berjumlah RM 7050 secara keseluruhannya kepada 141 orang pelajar miskin sekolah rendah di daerah ini. Pelajar-pelajar yang menerima bantuan berkenaan terdiri daripada 141 Orang Pelajar sekolah rendah dari 3 buah sekolah iaitu SK Pontian, SK Sungai Puteri, dan SK Leban Chondong. Semoga dengan bantuan seumpama ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar berkenaan dalam pendidikan mereka.