KUALA LIPIS. 30 September 2019 – Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Pahang,Dato Sri Wan Haji Abdul Wahid b. Wan Hassan berkesempatan menziarahi para pesakit di Hospital Lipis pada 30 September 2019 bersempena PROGRAM ZIARAH PRIHATIN HOSPITAL LIPIS.
Program di hadiri Pengarah Hospital Lipis,Qadi Daerah Lipis,Tuan Abu Bakar Ismail,Pegawai Kanan Zakat,Ustaz Mohd Ali b. Mat Dasir,serta Pegawai Zakat Zon Pahang Barat.
Bermula jam 11.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Pengarah Hospital Lipis,di susuli ucapan TYdP Majlis Ugama Islam Pahang dan seterusnya gimik sumbangan peralatan perubatan hospital bernilai RM 19,940.00.
Acara seterusnya menziarah pesakit-pesakit yang berada di hospital beserta sumbangan wang dan hamper kepada setiap pesakit.
Hampir 100 pesakit menerima bantuan wang dan hamper termasuk juga pesakit hemodialisis yang berada di hospital Lipis.
Semoga program seperti ini dapat di teruskan agar kita dapat mengekalkan sikap ziarah -menziarahi seperti mana yang di tuntut oleh baginda Rasulullah SAW.