ROMPIN. 25 September 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan zakat peralatan kepada seorang asnaf di daerah ini, iaitu Puan Asni Binti Riduan dari Kampung Sepayang, dimana beliau telah menerima bantuan berupa sebuah Kanopi 10 x 10, Wayar Extension 13 meter, serta sebuah Peti Sejuk Beku jenama Sharp yang bernilai RM 1500 secara keseluruhannya. Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh asnaf berkenaan untuk
meningkatkan pendapatan beliau demi untuk memenuhi keperluan diri serta tanggungan beliau.