Nor Asni Binti Abdul Manaf

Akibat suami diserang strok, Puan Nor Asni  meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak dengan pendapatan hasil sebagai seorang guru KAFA yang  sememangnya tidak mencukupi. Namun, kecekalan mengambil alih tanggungjawab sebagai ketua keluarga membuatkan Puan Nor Asni tidak putus asa malah mendorong beliau untuk merubah nasib keluarga dan tidak mengeluh atas kesusahan yang dihadapi beliau.

Bantuan zakat oleh Majlis Ugama Islam Pahang  yang diterima tidak disia-siakan, beliau berusaha menambah pendapatan dengan menghasilkan kuih sejuk beku walaupun asalnya beliau tidak langsung mempunyai minat dan kemahiran dalam bidang tersebut. Beliau berusaha mempelajari cara pembuatan kuih muih seperti karipap dan temosa daripada kakak ipar seterusnya meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran melalui penyertaan dalam Kursus Makanan Sejuk Beku anjuran MUIP yang diadakan di Kolej Komuniti Rompin. Antara bantuan zakat yang diterima daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) ialah peti sejuk beku, mesin pencanai doh dan mesin pengadun tepung yang kesemuanya bernilai RM3,000.00.

Jualan pada mulanya di kalangan kenalan dan penduduk kampung telah berkembang dan semakin meningkat sehingga menjadi pembekal makanan sejuk beku kepada kantin sekolah-sekolah di Jerantut. Disamping itu, beliau juga turut memasarkan produk sejuk beku beliau ke daerah Jerantut melalui Pasaraya Darul Makmur (PDM) Jerantut pada Februari 2018.Hasil kegigihan dan semangat tidak putus asa untuk melihat anak-anak terbela dan berjaya di masa hadapan, beliau kini telah berjaya beroleh pendapatan sekitar RM 2,000 sebulan. Prinsip yang disemat dalam diri, “Kalau orang lain boleh berjaya, kita juga boleh berjaya” telah membawa beliau keluar dari kesempitan yang dialami sebelum ini.

Beliau berterima kasih kepada MUIP atas bantuan zakat yang telah diberikan dan menyatakan hasrat untuk menjadi seorang pembayar zakat satu masa nanti. Beliau juga berharap agar asnaf-asnaf yang lain bangkit untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik dan terus gigih berusaha untuk meningkatkan pendapatan walau apa cara sekali pun.

Bantuan yang diterima

Mesin Pengadun Tepung, Peti Sejuk Beku, Mesin Pencanai Doh Bernilai RM3,000.00

Produk

Temosa Sejuk Beku, Karipap Sejuk Beku

ALAMAT

No. 86, Felda Sg. Tekam Getah, 27070 Jerantut

TELEFON

013-9336080 / 019-9484556

Jenama Produk

HAZIQSARAH ENTERPRISE