RAUB. 06 Ogos 2019 – Majlis Ugama Islam Pahang Cawangan Raub telah menjalankan satu Program Jejak Asnaf di Kg. Pamah Kulat bersama Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Cawangan Raub dengan kerjasama Amil kampung tersebut iaitu En. Mohd Fakhruddin Bin Abdul Karim. Program ini dilaksanakan untuk mendekati golongan asnaf di kampung tersebut dan turut diberikan sumbangan berbentuk keperluan asas barangan dapur. Melalui bantuan ini, dapatlah membantu meringankan sedikit sebanyak bebanan keluarga tersebut. Program ini juga dijalankan untuk melihat sendiri keadaan golongan asnaf dengan lebih dekat dan untuk dipertimbangan bantuan yang sewajarnya. Sebanyak 15 buah rumah telah dilawati di kampung tersebut.