MUADZAM SHAH. 29 Mei 2023 – Muadzam Shah, 29 Mei 2023 – Pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Muadzam Shah ke Felda Keratong 9 bagi menziarahi keluarga Encik Khairul Azhar. Beliau yang berpendapatan bulanan sekitar RM1500, mempunyai 4 orang anak dan seorang isteri.

Hasil ziarah serta siasatan ini, didapati pemohon ingin memohon bantuan kewangan bagi persediaan rawatan susulan anak keempatnya yang menghidap penyakit jangkitan kuman dalam otak. Rujukan kad temujanji seterusnya bertarikh 12.06.2023 di Hospital Segamat dan pada tarikh 26.06.2023 pula di Hospital Muar. Pihak Muip dimaklumkan oleh pemohon bahawa anak keempat beliau itu kerap demam dan memerlukan penjagaan yang rapi berkaitan dengan penyakit yang dihidapi ini.

Setelah dinilai berdasarkan kiraan had kifayah, beliau telah diberikan wang zakat RM1,000.00 bagi urusan rawatan anaknya itu. Semoga beliau sekeluarga tabah menghadapi ujian ini dan didoakan agar anaknya itu dikurniakan kesembuhan serta sihat sentiasa.