MUADZAM SHAH. 31 Mei 2023 – Muadzam Shah, 31 Mei 2023 – Puan Kelesom yang tinggal di Felda Keratong 2 diberikan wang zakat oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) berjumlah RM700.00 bagi membantu menampung keperluan rawatan perubatannya.

Beliau disahkan menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang. Pihak MUIP dimaklumkan bahawa beliau perlu menjalani rawatan hemodialisis di rumah dan beliau juga perlu ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, 2 bulan sekali.

Semoga beliau diberikan kesembuhan dengan kadar segera dan sabar dengan ujian kesakitan ini.