KUALA LIPIS. 26 Mei 2023 – Seramai 46 orang dari kalangan masyarakat orang asli dari kampung orang asli Samut dan Simoi Lama telah memeluk agama islam baru-baru ini.
Pengislaman mereka dilaksanakan dalam satu majlis yang dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) cawangan Lipis bersama-sama PEPIMA,Penggerak Masyarakat Orang Asli,guru Briged serta NGO.
Majlis syahadah tersebut diketuai Yang Berusaha Dr. Asmadi Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP sambil disaksikan penduduk kampung dan barisan urusetia.
Apa yang menarik,pengislaman ini,melibatkan Yang Beradat Batin Kampung Orang Asli Simoi yang mana beliau turut terbuka hati untuk menerima islam bersama penduduk kampung.
Beliau berkata,telah lama mempelajari dan mengenal tentang agama islam sebelum ini,namun belum bersedia spenuhnya untuk menerima agama islam.
Semoga saudara baharu kita ini akan kekal berada dalam agama islam dan dapat mengubah kehidupan mereka lebih baik dengan mengikut acuan ajaran islam.