MUADZAM SHAH. 03 Februari 2023 – MUADZAM SHAH, 03 FEBRUARI 2023 – Ketika seorang peniaga sedang menyediakan tempahan pelanggannya, tiba-tiba berlaku kebakaran yang merebak ke seluruh gerainya.
Mangsa, Encik Zairin memaklumkan bahawa api terlalu marak sehinggakan beliau tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang perniagaannya. Sejurus kejadian itu, pihak bomba hadir bagi memadamkan api tersebut.
Walaupun gerainya musnah teruk, namun beliau bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Beliau juga sangat berterima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah atas sumbangan zakat yang diberikan kepadanya.
Pihak MUIP turut dimaklumkan oleh beliau bahawa terdapat pihak yang sudi memberikan gerai perniagaan yang baharu bagi menggantikan gerai lama yang terbakar dalam kejadian itu. Semoga beliau tidak lemah semangat dan mampu lebih gigih berusaha mencari rezeki bagi menyara kehidupannya sekeluarga setelah kejadian kebakaran yang menimpa ini.