MUADZAM SHAH. 27 Januari 2023 – MUADZAM SHAH, 27 Januari 2023 – Pihak Kolej Vokasional mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) atas pengagihan zakat berupa karpet untuk lantai surau mereka.
Dalam memastikan syiar Agama Islam sentiasa terpelihara, keselesaan jemaah haruslah diutamakan. Sejumlah RM50,000.00 telah diberikan oleh MUIP untuk tujuan penukaran dan pemasangan karpet tersebut.
Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Muadzam Shah dalam lawatannya mendapati kerja-kerja pemasangan karpet telah sempurna siap dipasang dan sangat kemas, meskipun bilangan tiang di bahagian tengah surau agak banyak yang memerlukan pemotongan karpet mengikut permukaan bentuk lantainya. Beliau turut dimaklumkan bahawa surau ini menjadi pusat ilmu agama bagi program keagamaan termasuklah ceramah dan solat terawih sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun.
Diharapkan dengan adanya karpet baharu ini, pelajar-pelajar di sana lebih bersemangat dalam mengimarahkan lagi surau itu.