TEMERLOH. 25 Januari 2023 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh hari ini telah menziarahi Adik Ikhmal Hafizi berumur 19 tahun dr Kg Padang Kerbau, Temerloh yang telah kehilangan ibu bapanya pada 2 tahun lalu. Beliau telah menanggung adik-adiknya yang berumur 17 dan 15 tahun.

Pihak MUIP akan membantu beliau sebaik mungkin dan akan sentiasa membantu mana-mana asnaf yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban yang dihadapi mereka.

#MuipTemerloh #BaitulMalPahang #AsnafZakat
#CaknaAsnaf