MUADZAM SHAH. 26 Januari 2023 – MUADZAM SHAH, 26 Januari 2023 – Seorang wanita dari Buluh Nipis yang hadir ke pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah pagi tadi menyatakan hasrat untuk memilih Agama Islam.
Penolong Pegawai Dakwah, MUIP Cawangan Muadzam Shah segera mengambil maklumat beliau bagi mendaftarkan pengislamannya secara rasmi oleh pihak MUIP. Beliau menerangkan rukun islam dan rukun iman sebagai asas dalam Agama Islam kepada wanita tersebut, seterusnya mengajarkan lafaz dua kalimah syahadah.
Tindakan wanita ini yang memilih Agama Islam adalah satu langkah yang bijak dan betul. Tahniah diucapkan kepada beliau dan terima kasih kepada PePIMA serta semua yang membantu memudahkan urusan pendaftaran beliau.
Sebelum pulang, pihak MUIP menyampaikan wang zakat sebanyak RM500.00 beserta satu set barangan kelengkapan ibadah kepada beliau untuk digunakannya selepas ini nanti. Pembawa pengislaman juga turut menerima saguhati wang zakat dari pihak MUIP.