MUADZAM SHAH. 26 Januari 2023 – MUADZAM SHAH, 26 Januari 2023 – Sebaik sahaja selesainya solat zohor, satu majlis penyampaian zakat berupa sebuah van jenazah diserahkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam melayu Pahang (MUIP) Cawangan Muadzam Shah kepada pihak Masjid Lama Muadzam Shah.
Agihan zakat pada kali ini berjumlah RM150,000.00 untuk kemudahan pengangkutan membawa jenazah kariah di situ. Penyerahan yang disampaikan oleh Pengurus MUIP Cawangan Muadzam Shah ini turut disaksikan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah, Pengerusi masjid, YB ADN Muadzam Shah, Penghulu Mukim Keratong 1, Ketua Kampung serta penduduk setempat.
Sebarang permohonan berkaitan zakat, segeralah menghubungi pihak MUIP agar kemaslahatan umat Islam sentiasa terjaga. Terima kasih kepada semua pembayar zakat Negeri Pahang, inilah diantara hasil zakat anda semua.