KUALA LIPIS. 17 November 2022 – Adik Puteri Aishah Natalia bt Firdaus,11 gembira selepas menerima sebelah kaki palsu dan memberi semangat baru kepada beliau dalam mengharungi kehidupan kanak-kanak sepertimana kawan-kawannya yang lain.
Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP) telah menyumbang sebelah kaki palsu kepada beliau yang bernilai RM 6,800 dan telah siap dipasangkan kepadanya baru-baru ini.
Mereka yang menetap di Felda Sungai Koyan 2,dan ayahnya saudara Mohd Firdaus bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan RM 900 sebulan.