TEMERLOH. 30 November 2022 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Temerloh telah menganjurkan satu forum Khairul Ummah siri 9 di Masjid Taman Setia Jasa, Temerloh. Forum ini membincangkan yang bertajuk Harta Yang Membahagiakan.

Forum ini dibarisi oleh dua orang panel iaitu Ust Mohd Isa Bin Hussin(Pengurus Cawangan Daerah, Muip Cawangan Daerah Maran) seterusnya Ustaz Abdul Majid Bin Abdul Manaf ( Penolong Pegawai,Pusat Kutipan Zakat Daerah Temerloh) dan satu orang Moderator Ust Ab Halim Bin Chik (Pengurus Cawangan Daerah, MUIP Cawangan Daerah Bera )

Antara topik yang dibincangkan di dalam forum ini adalah golongan manakah yang layak menerima zakat, kemana harta zakat yang diagihkan dan bagaimana cabaran yang dihadapi dalam mengutip dan mengagihkan zakat.

Forum ini akan diadakan setiap bulan di masjid-masjid terpilih di dalam semua daerah di dalam Pahang bagi menerangkan kepada masyarakat setempat. Semoga program ini dapat sambutan oleh rakyat Pahang.

#ForumKhairulUmmah
#KemanaHartaZakatDiagihkan
#MuipTemerlohCakna #CaknaMerekaYangMemerlukan
#TerimaKasihPembayarZakat