TEMERLOH. 30 November 2022 – Alhamdulillah, Sebanyak 10 keluarga telah diziarahi dalam Program Cakna Asnaf di Kg Sempadan Lanchang. Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh ini turut di sertai oleh penghulu dan wakil daripada JKKK daripada Kg Sempadan.

Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin di kawasan berkenaan yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat.

Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan wang tunai dan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.

#CaknaAsnaf #MuipCawTemerloh #BaitulmalPahang #TerimaKasihPembayarZakat