TEMERLOH. 24 November 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Temerloh telah mengadakan satu Taklimat Bantuan Tahunan Fakir Miskin Daerah Temerloh. Taklimat ini telah dihadiri oleh Amil-amil daripada setiap kampung sekitar Daerah Temerloh.

Taklimat yang diadakan di Masjid Abu Bakar Temerloh bagi menerangkan kepada amil-amil perihal golongan sasaran yang dicari untuk memberi bantuan. Bantuan ini diadakan setiap tahun oleh pihak Muip bagi membantu golongan asnaf membuat persiapan menyambut hari raya adilfitri.

Diharapkan dengan taklimat ini dapat melancarkan urusan Amil dan dapat membantu pentadbiran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang meningkatkan lagi perkhidmatan membantu golongan asnaf yang memerlukan kepada perhatian serta bantuan terutamanya di peringkat pentadbiran Cawangan.

#MuipTemerloh
#BrigedAsnafTemerloh
#BaitulMalPahang
#AsnafZakat
#CaknaAsnaf