TEMERLOH. 08 November 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu hari ini telah menyerahkan bantuan bencana kepada mangsa rumah di panah petir pada awal bln yang lalu .

Sebanyak 1 buah rumah terjejas akibat di panah petir dan mengalami beberapa kerosakan atap dan pendawaian eletrik di beberapa bahagian rumah.

Pihak Muip telah menziarahi tuan rumah untuk melihat kerosakkan yang dialami.
Pihak Muip juga telah memberi bantuan berupa wang tunai telah di sampaikan oleh Pihak Muip Cawangan Temerloh kepada mangsa yang terlibat. Semoga dengan sedikit sumbangan kewangan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa.

#caknaasnaf #baitualmalpahang #muiptemerloh #terimakasihpembayarzakat