KUALA LIPIS. 16 Ogos 2022 – Walaupun kesibukan sentiasa menghantui Doktor Haji Asmadi, beliau sempat dan sudi meluangkan masa menziarahi saudara Shamsudin bin Mili, yang merupakan PEPIMA daerah Lipis terlibat dengan kemalangan sehingga mengakibatkan kecederaan.
Alfadhil Doktor Asmadi tiba di kediaman saudara Shamsudin sekitar jam 10 pagi diiringi bersama jurupandu Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) di kampung Orang Asli Pantos.
Beliau merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP berkata, beliau bersimpati dengan keadaan saudara Sahamsudin serta anak dan isterinya yang juga terlibat dalam kemalangan tersebut.
Difahamkan Shamsudin dan isterinya ketika ini beransur pulih dan juga perkembangan positif dari keadaan anaknya.
Kunjungan tersebut diringi hamper serta kata-kata semangat dari Doktor Asmadi sebagai tanda cakna dan sayangkan anak majikannya.