TEMERLOH. 16 Ogos 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu hari ini telah menyerahkan bantuan bencana kepada mangsa ribut dan terbakar pada hujung minggu yang lalu.

Sebanyak 3 buah rumah terjejas ribut yang berlaku pada hari Jumaat yang lalu di santuni pihak Muip hari ini. Rata rata rumah telah mengalami beberapa kerosakan atap di beberapa bahagian rumah akibat di tiup angin kencang dan di timpa pokok tumbang.

Terdapat 1 buah rumah di Kg Paya Keladan, mengalami kebakaran pada hari yang sama. Kebakaran ini mengakibatkan keseluruhan rumah terbakar.

Bantuan berupa wang tunai telah di sampaikan oleh Pihak Muip Cawangan Temerloh kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga dengan sedikit sumbangan kewangan daripada MUIP dapat meringankan beban dan kesedihan buat mangsa.

#caknaasnaf #baitualmalpahang #muiptemerloh #terimakasihpembayarzakat